Thursday, November 8, 2018

Bandar Sri Indah Homestay

Bandar Sri Indah merupakan sebuah bandar satelit yang terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Tawau. Ia terletak di antara bandar tawau dan Semporna dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Tawau. 

Lapangan Terbang Tawau merupakan lapangan terbang utama yang menghubungkan pelancong yang ingin bercuti di pulau-pulau peranginan di Semporna. 

Selain itu, stesen bas express bagi perjalanan antara daerah untuk daerah Tawau telah berpindah ke Bandar Sri Indah sejak tahun 2017. Jarak yang dekat dengan stesen bas express ini menjadikan Bandar Sri Indah dalam kedudukan yang strategik untuk pelancong yang dalam transit.

Sofea Homestay terletak di Bandar Sri Indah Fasa 5, Tawau, Sabah. Ia merupakan sebuah rumah teres 2 tingkat dengan 4 bilik yang lengkap dengan kemudahan untuk para tetamu yang bakal menginap dan ia juga mempunyai ruang parking yang luas.

Homestay ini sesuai untuk:

- Rombongan perkahwinan
- Transit sebelum hari penerbangan atau hari perjalanan bas express
- Rombongan untuk menghadiri konvokesyen
- Rombongan percutian ke Semporna
- Rombongan kursus/pertandingan

Kemudahan yang ada termasuklah:

- 1 katil king size, 2 katil queen size dan 1 katil single
- Aircond di ruang tamu
- TV 43 inci
- Peti sejuk
- Mesin basuh
- Dapur gas dan kelengkapan memasak
- Kipas di setiap bilik
- Bantal tambahan & toto
- Seterika dan lain-lain lagi

Sempena promosi pembukaan:
Hanya RM200 untuk malam yang pertama & RM150/malam untuk malam-malam yang seterusnya..


Sila hubungi 013-8561707 atau 013-5414170 untuk tempahan sekarang!











No comments:

Post a Comment